Saturday, February 23, 2013

Rumah Tengku Budriah # Day 1

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

La hawla wa la quwwata illa billah. Selagi kita bernafas, jangan berhenti mensyukuri setiap detik hatta setiap helaan nafas.

Peluang

Alhamdulillah, saya bersama hampir 20 orang guru pelatih IPG KIK diberi peluang untuk melawat ke rumah anak yatim Tengku Budriah, Kuala Lumpur dan insyaAllah, akan menabur bakti di sana sebagai tenaga pengajar. Kami dilayan mesra oleh Pengarah di sini.

Kali pertama menerjah ke ruangan sini, masih kaku beku tidak tahu apa-apa. Meriah. Ramai kanak-kanak. Berlari kesana kemari. Berkejaran. Terpinggir keseorangan. Mencungkil tanah. Dan pelbagai ragam. Tidak lama kemudian, kami disapa oleh pegawai yang sangat peramah dan membawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat dan perkenalan.

Situasi dan keadaan para pelajar diterangkan. Hampir setiap hari, ada sahaja kemasukan dan pendaftaran anak-anak baru ke pusat perlindungan ini. Mereka terdiri dari kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun dan beberapa kanak lebih dari 12 tahun yang menumpang untuk sementara sebelum dihantar ke pusat kemahiran atau rumah kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Rata-rata, kanak-kanak di sini mempunyai latar belakang yang kurang bernasib baik berbanding kanak-kanak lain seusia mereka. Ada yang yatim piatu, mangsa deraan, mangsa deraan seks, ditinggalkan sejak lahir, diberi oleh keluarga miskin dan banyak lagi. Mereka diberi perlindungan di rumah ini atas arahan mahkamah dan dilindungi dengan beberapa akta. Kami dilarang menangkap gambar mereka atau mencungkil kisah hitam/ sejarah mereka. Rasionalnya kerana identiti mereka di rumah anak yatim ini dilindungi dan tidak mahu mereka teringat-ingat trauma lampau mereka.

Sabar

Sungguh, pegawai-pegawai di sini sangatlah baik. Saya tak dapat bayangkan betapa tinggi kesabaran mereka dengan anak-anak yatim ini. Kami diingatkan bahawa kesabaran itu sangatlah penting dan kena sangatlah tinggi. T.T maka, akan diusahakan untuk lebih bersabar. Ganbate syafa!

Semasa mendengar taklimat, perlahan-lahan rasa sejuk menyerap ke dalam diri saya. rasa sedih, hiba, berkobar-kobar. Betapa bersyukurnya saya dengan segala-galanya yang saya punya. Rasa macam tak sabar hendak berkenalan dengan mereka. Membawa mereka ke satu realiti bahawa mereka tidak keseorangan. Mereka ada Tuhan, mereka aga guru-guru, mereka ada kawan-kawan.

Realiti mereka

Usai taklimat, kami terjumpa seorang budak yang duduk di lantai dengan satu selipar di tangan. Seliparnya lagi sebelah hilang kena baling atas bumbung. Tak tahu lah siapa punya kerja. ==' Kami pun pujuk lah punya pujuk. Lama. Barulah dia tarik tangan saya dan Afiqah ke bumbung yang ada selipar dia. Agak mustahil untuk perempuan berbaju kurung panjat bumbung, jadi kami hanya memujuk dia dengan sekotak air dan "nanti kite beli selipar baru kat Mie mie yeeee.." . =)
Budaknya sangat pemalu dan pasif.
Sebelum dia minum, kami baca doa bersama-sama. Alahai, sweet sungguh.
Kemudian, makin ramai pula budak-budak yang datang ke tempat kami. Berkenalan. Hiihi. Bila dah tak ada orang, saya pun dukung Mimi ke tempat tadika.
Hah! Tempat ini lagi meriah! Kanak-kanak kecil saja. Ammar pula datang dengan tongkat dan shades dia. Semua budak mengerumuni dia. Kelakar tengok dia layan mereka ^_^ Ada yang tarik baju, ada yang tanya itu ini, ada yang tarik janggut Ammar (==') ada yang datang, tetiba peluk Ammar! Hahaha. Dan mereka sangat lah comel dan innocent. Mungkin, lama tak bersua dengan sesorang yang mereka selesa untuk dekati. Mereka mahu dekat dengan orang luar. Mereka mahu rasa ada chemistry macam keluarga.

"Saya anak yatim piatu"

Ada seorang budak yang nampak air kotak di tangan kawannya, lalu dia pun terus cakap, "Saya hendak air tu". Farah pun bagi. Lalu ada lagi seorang budak yang hendak juga. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki cakap, "Jangan bagi dekat dia. Dia dah besar". Hendak tergelak saya dengan kata-kata dia. Kami pun tanya dia, "Awak umur berapa?" 
"Saya darjah lima".
Mukanya bersih. Segak dan kemas. "Nama awak apa?", saya tanya lagi.
"Danish". 
.....
-saya tak ingat apa yang kami bualkan lepas itu, tetapi tiba-tiba Danish cakap....
"Saya anak yatim piatu". 
Dia ulang dua kali. Saya terpempan. Rasa nak menangis kat situ juga T..T. 
Cepat-cepat saya cakap, "Kita kan ada Allah..Allah sayang kita semua..kan kan?" . 
Danish angguk-angguk. Dia faham. Kagum. Saya kagum dengan dia.
"Kakak kan ada..kakak pun sayang kat awak," Aniza menambah.
"Eh..mana ada (blush) ," Danish jawab. Dia malu. Haha. comel betul =') Danish nampak sangat matang berbanding usianya yang 11 tahun itu. Dia kesunyian. Tak ada ibu, tak ada ayah, tak ada adik-beradik. Hanya ada kawan-kawan dan penjaga di situ. 
Kami pun beredar lepas bersembang-sembang dengan mereka. Perbualan dengan Danish memang melekat dalam kepala. Saya nak ingat sampai bila-bila.

Allah, permudahkan urusanku. Amin.
Doakan dikuatkan, doakan ditabahkan. Doakan. Doakan. =')

4 comments:

mamat loli said...

salam boleh tanya.. student yang masuk dalam rumah kanak-kanak tengku budriah ni, bila umur dye 18 tahun keatas mereka still stay dalam tuh atau keluar? boleh tau.. maaf bertanya..

mamat loli said...

salam.. maaf bertanya.. hmm pada student rumah kanak-kanak tengku budriah chers yang atas 18 tahun, mereka still stay situ atau mcm mana ye?

Syafawani Jamil said...

wassalam, semua kanak2 yang ada di rumah kanak2 tengku budriah ni umur 12 tahun ke bawah, bila naik 13 tahun, dia akan dihantar ke pusat lain. kecuali kalau ada kes2 terpencil untuk tumpangan, dia bagi kanak2 umur 12 tahun ke atas untuk stay tumpang disitu sebelum dihantar ke pusat yg sepatutnya. harap dapat jawab soalan saudara :)

mohd syarizal said...

Assalamualaikum..jazakallah hukhairr..pertama skali terima kasih saya ucapkn pada saudari atas kesudian pihak saudari melawat n mnyumbang bakti kepada anak2 kami disini..sumbngan dan kelapangan masa dn tenaga amat2 lh kami staff dn knak2 hargai..moga kemuliaan saudari mndapat balasan pahala dari Allah SWT..jika punya kelapangan dilain masa dn ketika sudilah kiranya saudari bersua lagi..diakhir kesempatan ucapan syukran jazilan dpt kmi berikn..tq.salam ikhlas dari saya rizal(staff Rumah Kanak2 Tg Budriah..