Friday, January 20, 2017

Udang

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Ada satu ketika, tema pembelajaran kelas Darjah 4 Ros ialah "Care for The Sea" bagi subjek bahasa Inggeris. Walaupun, major saya ialah Pendidikan Kesihatan dan Matematik(SK), namun saya amat lah suka mengajar subjek bahasa Inggeris (berbanding bahasa Melayu).

Sewaktu merancang pdp, kebetulan ada udang galah di rumah, maka saya bawalah dua ekor udang, untuk ditunjukkan kepada murid.

Reaksi mereka, terlalu berharga. Sangat teruja!

Konon-konon - "Eiii, geli!"

Eleh, geli tapi nak juga pegang. Saya paksa mereka pegang and minta mereka menyebut ciri-ciri udang.

Tahu kenapa saya bawa udang yang masih berkulit dan berkepala?

Kerana mereka tidak pernah tahu bagaimana rupanya seekor udang sebenar. Mereka hanya tahu, udang yang telah dimasak sahaja. Tiada bayangan udang dapat mereka gambarkan lantaran tiada pengalaman untuk memegang udang.

Sejak itu, saya mula berazam, mahu bawa lagi haiwan-haiwan dan tumbuhan kecil bagi membolehkan anak-anak murid saya merasai pengalaman hands-on. Ia amat menarik! (Pensyarah saya pernah bawa paru-paru lembu dalam kelas beliau. Lagi hebat!)

Seronok kan jika ada penglihatan, tidak perlu diberitahu, kita boleh meneroka dunia tanpa bantuan orang.

Tetapi menjadi tongkat bagi si buta, juga menyeronokkan. 'Tongkat' sakti inilah yang membantu perjalanan mereka, kelak mereka juga boleh meneroka dunia!

Hmm, apa yang jadi dekat udang-udang itu selepas pdp?
Heh, masuk nasi goreng cikgu la alamatnya =D

***

Sebenarnya sekarang sedang menyemak semula buku rancangan mengajar. Teringat kenangan membawa bahan bantu mengajar yang pelik-pelik ke kelas. Alang-alang teringat, pahat saja disini agar tidakku lupa sampai bila-bila.

Moga Allah mudahkan urusan temuduga nanti. Amin.

***

Murid baca Braille menggunakan kedua-dua belah tangannya. Tangan kanan baca buku soalan, tangan kiri menyemak kertas jawapan. 
(Ini bukanlah cara yang betul untuk membaca tulisan Braille, tetapi disebabkan murid ini sudah mahir maka..swagg. haha)

No comments: