Saturday, June 27, 2015

Tips Bela Kucing #2

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

2015. Hampir 5 tahun sudah berlalu. Kira-kira lebih 40 ekor kucing yang pernah aku bela dalam masa 5 tahun ini. Ada yang mati, ada yang hidup, ada yang kemalangan, ada yang bagi pada orang, ada yang sakit. Macam-macam. Pernah ada ketika aku tewas pada perasaan. Haih, penat bela kucing. You won't know till you have them all. Seeokr dua tu takde hal la. Cuba sekali bela 14 ekor. ;)

It makes me feel rich. Kaya dengan sifat yang dididik oleh kucing. Sabar. Sabar memang kena tahap peak. Nak mencuci rumah, cuci najis, cuci lantai. Tu belum lagi yang buat perangai terkincit tercirit, seret najis, kaki terpijak air kencing ==' Nak pakaikan pampers tak mampu. Bila waktu makan, berebut pinggan pun ada, saiz ikan kecik pun merajuk, dapat lambat pun mogok tak nak makan. Eh, banyak cekadak kan.

Tapi itulahnya.

Aku bela mereka bukan sebab minta dibela. Jadi aku kena lah rela. 

Kalau ikutkan hati, aku nak bela seekor dua sahaja. 

Tapi mak aku kata, 
"Ibu sunyi. Kamu semua tak ada di rumah. Anak kucing la pengganti rindu anak-anak"

Sentap.

Jadi aku tak pernah suarakan lagi pasal tak nak bela kucing. Sebab kalau aku di tempat mak aku pun, mesti aku sedih. Sunyi.

Paling kurang, dalam banyak-banyak ekor tu, akan ada yang gegedik manja nak tidur sekatil, manja-manja gigit-gigit tangan, acah-acah main. Penghibur. Sudahlah aku adik-beradik sikit, semuanya jauh belaka. 

Jadi aku nak kongsikan serba sedikit pasal kucing.

Kucing Period.

Yes kucing datang bulan. YES. Jangan buat muka terkejut. Aku pun terkejut kucing aku jilat darah =='. Which aku jerit terkejut and lari-lari bawak kucing tunjuk dekat mak aku dan mak aku selambe cakap kucing period. Kau ingat manusia je? Haha.

Istilahnya estrus. Boleh baca sini Bila kucing dah sampai tahap matang, dia mula menunjukkan belang. Hmm, baka kucing aku awal dia matang. Dalam 4-5 bulan dah menggatal. Masa feline heat cycle ni, kucing mula membising, suka mengiau kuat-kuat, perut kembung, abdominal cramps, pendarahan - sebab hormon dia tak stabil . Kucing even ada mood swing k. Kelas kau.

Tanda-tanda kucing menggatal/galak ialah dia akan buat perangai macam kencing merata (urine spray), tak senang duduk, akan sentiasa nak keluar rumah, suka marah kucing lain. Dia upset la sebab you tak bagi dia pergi berjimba.

So masa ni, better kurung dia kejap dalam sangkar (sangkar besar please. yang kecil tu nak bernafas pun susah). Dalam seminggu nanti dia ok la. And tak payah nak letak minyak angin ke, bagi panadol ke apa takyah. Minyak angin bahaya nanti dia jilat bulu dia, and panadol? That's for human, mind you. 

Dia akan jilat genital part dia. Even if kucing beranak dia akan makan uri dia and jilat darah-darah yang mengalir (macam nifas dia la.....pfffft. hahhaha). Tak payah tanam uri dia. Dia bukan manusia. So biarkan dia.


Kakak garang still love you all to the moon and back =p

Therefore untuk kucing aku, mak aku spend some money untuk spay each female cat. Kasi. Ikat perut. Eh? Itulah istilahnya. Kasi. Supaya dia tak boleh beranak. So if dia pergi berjimba bersama pasangan yang sentiasa bertukar tu, dia tak akan menjadikan kucing aku yang 14 tu kepada 20 ekor pula. Kos mungkin dalam RM120. Kalau klinik haiwan kerajaan mungkin boleh dapat murah sikit. 


Cat's Waterless Bath/ Sabun kucing tanpa perlu mandi

Sedangkan aku sendiri malas mandi dekat rumah, apatah lagi kucing aku kan. Haih. Ingat senang nak mandikan kucing? Parut kat tangan aku ni berbelang-belang sebab kucinglah. Mengamuk sebab dimandikan. Jadi, aku suka sembur-sembur je. Sembur spray anti-kutu. Kemudian sembur waterless bath ni. Serious wangi! Kalah shampoo Safi Shayla. Haha. Ini adalah rutin seminggu sekali. Dalam 3-4 bulan sekali aku akan mandikan kucing-kucing ni. 

Bergantunglah bila aku cuti semester atau untung-untung mood rajin datang. Sebab part paling malas ialah nak keringkan kucing lepas mandi ni. Kalau tak keringkan takut demam pulak. Satu hal la kalau pakat berjangkit nanti. Jangan mandikan kucing dalam tempoh 2 minggu kalau lepas cucuk vaksin/ubat kutu/antibiotik. Harga waterless bath ni dalam RM17-RM20 je. Aku beli brand lain, bukan yang dalam gambar ni (yang bio-groom ni macam mahal je.) Asalkan kucing wangi, tak busuk dan dikira 'mandi'. Kira ok lah tu. Sebenarnya kucing hari-hari mandi. Dia jilat bulu tu kira mandi la tu. Cuma untuk umat sejagat, aku mandikan kucing-kucing aku. Sebab nanti dia menempek dekat katil aku, so aku nak la dia wangi-wangi. And yes, spray ini tidak berbahaya. Kucing boleh jilat. However refer to your vet kalau kucing you jenis sensitif or whatnot.

Till here then. 
Insyaallah nanti kita berkongsi lagi.

:)

4 comments:

Muhammad Iqbal (ibnuDDin) said...

Banyak dapat benda baru, terutama pasai period tu, tak pernah tau langsung sebelum ni. Terima kasih.

Syafawani Jamil said...

Iqbal : Sama-sama. Kucing ni unik in every way.

Maryam Hanani Abdul Razak said...

haha syafaa seriuslah. banyak benda baru ana baru tahu. tergelak2 baca haha. thanks for the info! ;D

Afiqah Mahyuddin said...

tq, syafa...bru berjinak-jinak bela sekor kucing...ada anak kucing sesat kt blkg rmh msa cuti bln 3 yg lps...so, trus bela since dia selalu dtg rumah lps tu...