Wednesday, April 29, 2015

Afiq

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Post ini tentang Afiq. Afiq sahaja. Dan dua rakan-rakannya.

Afiq. You drive me nuts. But I still love you to the moon and back. Sincerely, Your Opah, Your Kak Rose, Your Cikgu, Your reason to attend the classes without fail not even once for the past 3 weeks. 

Hari ini, aku sudah sampai satu tahap di mana aku capai satu titik perubahan. 
Aku penat. 
Tetapi itu bukan asbab aku give up. 

Hari ini penyebab aku pergi ke kopitiam Chung Kook Klang dan minum kopi secawan menyamai 5 cawan kopi biasa. Aku perlukan kafein untuk teruskan hari ini. Dan sampai sekarang, tanganku masih shaking akibat kafein berlebihan - aku alah kepada kafein, tetapi aku terpaksa.

Hari ini, aku belajar dari Afiq. Kasih guru itu banyak. Kaya. Mengalir kepada setiap satu anak muridnya. Tanpa berkira. Dan aku masih perlu belajar untuk sampai ke tahap itu.

.
.
.

Afiq Zulkhairil. Murid istimewa kesayangan guru, rakan dan, aku tidak terkecuali. Seorang yang buta dan autisme. Buta sahaja sudah cukup untuk memutuskan dia dengan dunia penglihatan - autisme pula satu hal. Dia tidak boleh mengurus diri dengan baik. Tetapi aku kira, dia lebih baik dari kebanyakan murid masalah pembelajaran yang lain. Dia penghibur. Music box - kata rakan-rakannya. Seperti kanak-kanak autisme tipikal, Afiq boleh menghafal  lagu, lirik, hatta ayat Al-Quran dalam masa yang sangat singkat. Juga seoerti burung kakak tua - suka mengulang atau mengajuk perkataan. Namun dia mengulang tanpa makna - dia tidak faham apa yang diulangnya. Sekadar ingatannya yang kuat. Aku kira itu juga satu kelebihan dirinya.

Kisahnya hari ini, aku sepatutnya mengajar kelas Afiq. Dia dan 2 rakannya, Azeem dan Jievan. Tiga-tiga pun permata hati pengarang hati jantung. Tapi kalau dah naik tanduk tu, hmm..tahulah macam mana cikgu Syafa membising. Sepatutnya aku mengajar 1 jam. Tapi, semuanya tergendala, hanya 30 minit sahaja sempat T.T Bersyukurlah pensyarah tak datang hari ini. Afiq tiba-tiba hendak ke tandas..dan jika dia ke tandas, alamat lagi 2 rakannya pun menghilang juga. Habis? Aku nak ajar siapa? Jadi aku pun berangkat ke tandas juga.. Menguruskan Afiq juga. Juga, Alhamdulillah dua rakan baik ini sangatlah baik.. sentiasa membantu menguruskan Afiq. 15 minit sudah berlalu - perkara yang sebenarnya murid biasa ambil masa tidak sampai 5 minit tetapi tidak bagi murid ini.. Aku sambung mengajar. Percaturan aku silap jika aku ingat Afiq akan duduk diam-diam. Dia semakin hyper pulak dah.. Afiq.. Cikgu Penat T.T Selepas disogok beberapa jenis objek berbentuk silinder sebagai permainan dia, dia senyap seketika. Tiba-tiba..

"Cikgu, saya nak ke tandas"

"Eh..bukan dah pergi ke tadi?" Mula-mula rasa nak marah..tapi aku kawal apabila memandang muka si ahli syurga.

"Cikgu...saya nak ke tandas". Semacam pucat suara dan mukanya. Aku dah panik. Gelabah. Gabra. Tangannya sejuk, mukanya seakan berpeluh. Bermacam soalan aku tanya tapi tidak dijawabnya. Terus dia bangkit dan tanggalkan stokin.

Alamak. Alamak. Kenapa dah ni......

Aku minta Jievan tanyakan soalan kepada dia..

Rupanya..dia nak buang air besar pula T.T 

Ya Allah....Buat Cikgu saspen je kamu ni................. T.T

Azeem bangun untuk membantu Afiq ke tandas. 

Sepi seketika. Kemudia Jievan bangun. "Cikgu! (Read Ciguuu! Indian slang.hihi) Saya nak ke tandas juga. Nak tengok Azeem dengan Afiq. Azeem tak boleh uruskan Afiq seorang...."

Eh.. habis tu aku nak ajar sapa ni?

Maka berangkatlah aku ke tandas murid lelaki lagi sekali. Pasrah.

Aku tunggu di luar sampaila Afiq sudah membuang hajatnya. Kemudian tiba pembantu murid (Pendidikan Khas mempunyai pembantu murid untuk membantu guru menyediakan bahan mengajar untuk murid dan membantu pengurusan murid khas). Seketika kami berbual tentang Afiq, tentang kemahiran mengurus diri dan tiba-tiba..

Soh seh soh seh.. Dalam tandas.

"Apa pulak tu......." getusku dalam hati. Haih tak boleh jadi. Pembantu murid masuk ke tandas. Aku pun.

Terkial-kial dua orang kawan baik nak bantu si kawan ini. Bukan dua orang ni je, aku pun terkial-kial T.T Nak beri arahan pada murid buta bukan mudah. Silap arahan dia confused, alih-alih kita yang kena buat. Nasib baiklah ada pembantu murid yang banyak pengalaman tolong uruskan. 4 orang nak bantu si Afiq seorang ni. Uruskan dia, umpama bayi. Walau sudah darjah 3.  Besarlah pahala buat ibu bapanya yang sabar menguruskannya. Wahai ahli syurga, kau mengajar aku erti redha.

Dalam hati aku minta Allah kuatkan hati. Hati kena kuat. Kena sado. Redha. Sebab pekerjaan ini yang aku pilih. Pekerjaan ini yang aku pilih. Jalan ini yang aku sendiri pilih. Redha. Redha. Susah. Sungguh, aku cakap..susah. Ini praktikum aku yang pertama. Sudah aku berjumpa dengan situasi mencabar. Mencabarlah bagi aku nak uruskan anak orang.  Aku masih perlu belajar.. Menguruskan murid. Terutamanya pengurusan diri. 

Begini caranya Allah mentarbiah aku. Cara Dia mendekatkan aku dengan Dia. Belajar mencari Allah dalam setiap keadaan. Belajar mencari jalan penyelesaian bagi setiap kesusahan. Kerana manisnya iman di situ. Sabar akan membuahkan iman. Sabarlah. Tenanglah. Belajarlah. Supaya menjadi guru hebat untuk mentarbiah hati-hati ahli syurga pula.

.

Sekembalinya ke kelas. Berbaki 4 minit sahaja. Penutuplah bagi pengajaran aku hari ini. Sekembalinya ke bilik guru, hilanglah segala tenagaku. Aku rehat seketika bagi mengumpul tenaga untuk merancang pengajaran esok. Ah.. tak perlu, sambung sahaja pengajaran berbaki hari ini untuk dibawa ke esok. Sebab hasil pembelajaran hari ini tidak tercapai. 

Berbaki seminggu lagi untuk praktikum Fasa 1 di sekolah ini. Sungguh, aku suka mengajar. Aku temui titik keseronokan dengan mengajar. Moga Allah kuatkan.

Aku penat. Tetapi aku cari kebahagiaan dalam senyuman mereka.

Aku penat. Tetapi aku belajar erti sabar dan turunkan expectations aku untuk sama level dengan mereka.

Aku penat. Tetapi aku beringat, mereka ahli syurga, aku belum tentu lagi.

Aku penat. Tetapi aku mereka cipta lagu, drama, lakonan dan aktiviti menarik supaya mood aku juga sama seperti mereka. Yalah, jika aku pelajar, aku juga tidak suka belajar dengan guru yang muram, kusam dan seperti tidak ada bateri (eh?). Aku mesti kelihatan energetik supaya murid mahu belajar dan mendapat aura positif untuk terus belajar.

Aku penat. Tetapi aku hidupkan kelas dengan lakonan aku sebagai Opah, kak Rose dan mereka sebagai Upin Ipin.. Esok aku jadi Doraemon pula mungkin. Penuh dengan Poket Ajaib. (Handbag aku sahaja sudah macam poket ajaib. Pelbagai bahan bantu mengajar  ada).

Aku penat. Tetapi aku tidak mahu terlepas dari ketawa riang ria bersama mereka. Aku juga bermain sambil belajar. Pelbagai cara, kaedah mengajar aku cuba. Demi mencungkil kesesuaian gaya pembelajaran mereka. Murid aku memanglah 3..tetapi menguruskan mereka bukan mudah.

Aku penat. Tetapi aku kembali kepada akar yang mencengkam jiwa. Niatlah Lillahi Taala. Insyaallah, hilanglah penat, hapuslah air mata dan duka.

Hargai guru. Mereka punca kejayaan kamu. Dari kau tidak kenal ABC Alif Ba Ta, sehinggalah kau sampai ke puncak menara gading.

Apa yang aku rasa baru sedikit. Baru secebis. Allah, mudahkan perjalananku.

Kata-kata pensyarah yang membuatkan aku semakin bersemangat untuk mendidik,

"You are OK. Teaching methods and all. Your only problem is Afiq. I salute you all (me , Si Jingand Nancy) because you can handle him, make an effort to teach him. Keep it up. Keep up the good work" - Madam Lee

Madam, thanks. I'll try my best.

Allah, thank you, for teaching me this way. Dekatkanlah aku dengan Mu dengan cara ini. Semoga Engkau Redha denganku.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah syafa..dpt bygkan situasi ampa..be strong dear..:-) murid normal pn ada cbrn trsendiri..smoga kita jd guru yg tabah..:-) -maiyob-

Maisarah Ayoub said...

tahniah syafa..smoga jd guru yg hebat..