Wednesday, August 21, 2013

Malaysia Association for the Blind

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Semester lepas, saya melawat ke Malaysia Association for The Blind. Satu organisasi yang saya tidak pernah tahu sebelum memasuki IPIK, namun kini menjadi sangat dekat dan lazim bagi saya. Jadi, sedikit sebanyak tempat yang saya lawati bersama rakan, saya kongsikan di sini. Saya percaya, masih ramai orang tak tahu apa yang orang buta di Malaysia buat, dan di mana mereka merujuk. Di sini, pelbagai kemudahan disediakan untuk mereka.

Tiang sisi taman. Bertujuan sebagai penghadang jika pejalan kaki buta berada di kawasan berhampiran.

Tack-tile. Anda mesti pernah ternampak tile sebegini di mana-mana. Tack-tile direka khas untuk orang buta sebagai guide mereka ketika berjalan di atas laluan simen. Laluan yang lurus, tack-tile berbentuk silinder, manakala laluan persimpangan, di hadapan lif dan tangga, tack-tile berbentuk bulat-bulat.
Di hadapan lif.

Ahli MAB yang ke perpustakaan MAB

Pekerja MAB. Pegawai Operator di kaunter masuk.

Taklimat bersama Dr. .Beliau merupakan seorang doktor sebelum menghadapi masalah penglihatan. Selepas menghadapi masalah penglihatan, beliau terlibat aktif dengan MAB dan menjadi anggota pentadboran.
Subhanallah, beliau merupakan seorang perempuan yang sangat cekal , tabah dan redha dengan sakit yang dihadapinya. Beliau merupakan contoh bagi orang buta di luar sana yang membuktikan bahawa orang buta mampu berjaya.

Taman Terapi di MAB. Dilengkapi dengan landskap yang sangat indah dan menenangkan.

Makmal Komputer MAB. Setiap komputer dilengkapi dengan software JAWS , software yang memberi peluang kepada orang buta untuk mendengar setiap butir yang berada di papan kekunci dan boleh membaca skrin komputer.

Gigi's Pink Day (abaikan. haha)

Perpustakaan MAB

Ahli MAB, golongan tua dan muda sering berkunjung ke sini. Kemudahan yang disediakan ialah buku bersaiz besar (untuk rabun), buku ilmiah yang telah dibraille-kan, koperasi yang menjual alat keperluan orang buta dan penterjemah buku kepada Braille.


Koperasi MAB


Tajuk Buku Braille

Pra-Sekolah MAB


Bahan bantu mengajar untuk rangsangan deria kanak-kanak.

Bahan ransangan manipulatif

Bahan bantu mengajar 

Soft-toys


Bahan BAntu Mengajar- tujuan untuk mengenal bentuk, warna, susunan



Bahan Bantu Mengajar. Biji asam jawa. Untuk matematik sebagai bahan kira-kira.

Papan yang ada batang yang boleh cabut dan susun mengikut warna.

Bahan bantu mengajar untuk pelajar praktis membutangkan baju

Praktis zip

Praktis cakuk

Kawasan riada untuk merangsang dan menarik minat pelajar.


Organ. Muzik merupakan salah satu perkara yang dapat menarik minat pelajar.

Trampolin. Sebagai latihan untuk menguatkan otot kaki dan tangan.

Huruf dalam Braille dan bahasa Isyarat.

Kanak-kanak comel =')

Bengkel 

Meet this uncle yang ada masalah penglihatan. Hebat uncle ni. Despite of tak nampak, uncle ni terlibat dengan kemahiran membaik pulih mesin Braille dan mesin-mesin di sini. He can deal with all wayar-wayar stuffs. Thumbs up!


Bengkel membaiki alat-alat bantu orang buta seperti mesin braille.

Thermoform. Mesin'photostat' untuk Braille.

Sekadar di sini sahaja. Akan datang, saya bicarakan perkhidmatan secara khusus yang terdapat di sini.

May Allah Bless. =)

No comments: