Sunday, December 9, 2012

Cerpen, buku, makanan - Di sebalik manfaat zahir.

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate

Cerpen, buku dan makanan.
Semuanya untuk ditelan.

Untuk hati, untuk minda, untuk perut.
Kepuasan estetika, kepuasan fitrah, kepuasan lapar dan dahaga.

Ketiga-tiganya punya matlamat yang sama ;
untuk dicerna.
Cerpen,
punya nilai moral tersendiri,
Buku,
punya pengetahuan buat pembaca,
Makanan,
punya khasiat untuk jana tenaga.

Semuanya punya visi yang sama ;
memberi manfaat kepada manusia.

Tetapi, adakah manusia mengambil kesemua manfaat itu?
adalah rugi jika dia mensia-siakan manfaat 3 perkara ini.
Malah bertambah sia-sia, jika dia sendiri tidak bermanfaat kepada yang lain.

Tak begitu?
Maka rugilah orang yang tidak mengambil manfaat daripada sesuatu perkara dan tidak pula bermanfaat kepada perkara yang lain.

# Mulalah bermanfaat kepada yang lain kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat buat yang lain.

May Allah Bless All Of Us Forever.

No comments: